Bengkel GAFE Siri 2/2016

Tajuk: Google Docs – Penulisan Kolaboratif
Anjuran JK Kecil Frog VLE, JK Program Pembangunan Profesionalisme IPGKTHO
GAFE
Tarikh: 25 hb. FEB 2016 (Khamis)
Masa  : 4.30 ptg-6.00 ptg
Tempat: Bilik Kuliah B9
Salam sejahtera 1 Malaysia.
Untuk perhatian pelajar dan pensyarah yang berminat untuk mengikuti bengkel ini, sila mendaftarkan diri dengan mengeklik pautan yang berikut bagi mengisi borang pendaftaran sebelum 20 FEB 2016:
Peserta bengkel seharusnya sudah memiliki akaun Gmail. Sila bawa laptop dan broadband sendiri untuk sesi “hands-on”.
Catatan:
Bengkel ini tidak menyediakan sijil penyertaan dan tiada juga peruntukan untuk jamuan petang. Harap maklum.
Sekian sahaja. Terima kasih.

Membina Digital Visualizer versi DIY Ekonomikal!

          Digital visualizer membolehkan anda memaparkan bahan 3 dimensi, merakamkan imejnya untuk kegunaan kemudian. Namun harganya adalah mahal sehingga dua tiga ribu ringgit.

           Berminatkah anda untuk membina digital visualizer ekonomikal yang kosnya mungkin kurang daripada RM100? Dengan menggunakan webcam yang murah, dan clamp stand yang sedia ada, matlamat ini boleh tercapai.

          Yang berikut merupakan panduan membina digital visualizer murah:

Excel Spreadsheet – Penyimpanan dan Perkongsian melalui OneDrive Vs Google Drive

          Apabila anda menyimpan lembaran kerja (Excel spreadsheet) dalam Microsoft OneDrive, anda akan dapati bahawa tidak kira anda “view”, “share” ataupun “embed” lembaran kerja tersebut , walaupun anda telah “Protect worksheet” dengan “locked” cell-cell tertentu, namun setiba di OneDrive, ia telah menjadi “Unprotected”. Anda boleh edit online tanpa memasukkan kata laluan. Sekiranya anda berkolaborasi dengan pihak lain untuk edit dokumen ini, maka, saya khuatir dengan status keselamatan lembaran kerja tersebut.
         Anda dapati sudah boleh “select” cell dan menaip ke dalam cell-cell yang anda sepatutnya telah “locked” untuk tujuan mengelakkan pengguna mengubah maklumat dan formula yang terkandung dalam cell tersebut. Walau bagaimanapun anda masih boleh gunakan pilihan “Do not save” data yang telah dimasukkkan kemudian oleh pengguna supaya ia tidak mengganggu isi kandungan yang asal. Formatting juga mungkin berubah, seperti nilai warna dan paparan visual bertukar mengikut versi Excel yang aktif pada ketika itu.
          Di samping itu, terdapat sesetengah formula tidak berfungsi kerana settings komputer anda mungkin tidak sama dengan settings OneDrive. Misalnya, untuk penulisan formula, syntax untuk komputer anda mungkin menggunakan ” , ” manakala yang lain mungkin menggunakan ” ; ” pula.
 
 
Contoh:

=DATEDIF(A1,A2,”d”)  ataupun =DATEDIF(A1;A2;”d”)

          Jika anda muat naik protected Excel spreadsheet ke Google Drive tanpa menukarkannya kepada format Google, ia kekal “protected”. Tetapi paparannya mungkin tidak menepati keperluan anda sepertimana anda melihatnya dalam platform Microsoft Excel.

Sekiranya anda menukar format spreadsheet Excel kepada Google sheets, tidak semua fungsi, terutamanya micros tidak dapat disokongi oleh Google sheets.

Jadi, pertimbangan untuk menggunakan platform yang manakah untuk menyimpan dan berkongsi maklumat Excel Spreadsheet adalah bergantung kepada pilihan anda.

Apakah maklumat yang boleh anda perolehi daripada nombor kad pengenalan?

Excel merupakan peralatan untuk menganalisis data. Terdapat pelbagai formula yang membolehkan Excel memanipulasi data bagi menghasilkan maklumat yang membantu dalam proses membuat keputusan.

Yang berikut merupakan contoh penggunaan formula yang membantu anda ekstrak maklumat daripada nombor kad pengenalan yang dimasukkan. Cuba masukkan nama dan nombor kad pengenalan.