Kahoot! Kuiz interaktif ala permainan

Kahoot! merupakan alat pembinaan kuiz interaktif ala permainan berunsur pertandingan. Ia boleh juga digunakan sebagai alat mengadakan soal selidik secara tidak formal. Item yang dibina boleh berbentuk kuiz aneka pilihan (2 – 4 jawapan cadangan), boleh diselitkan dengan imej dan video (jika perlu). Namun, soalan yang dikemukakan perlulah ringkas dan tepat kerana dihadkan bilangan aksara yang boleh digunakan dalam item dan juga jawapannya.

Kelebihan Apps ini ialah semua pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan serentak dalam masa yang diperuntukkan dan akan menerima maklum balas semerta sama ada betul ataupun salah. Permainan ini boleh ditadbir dalam mod Classic (persaingan antara individu) dan juga mod Team(pertandingan antara pasukan).  Markah penuh untuk setiap soalan ialah 1,000 mata dan yang paling cepat menjawab akan menerima markah yang tertinggi, yang menjawab walaupun salahpun ada markah bonus bagi menghargai penyertaan tersebut. Pada akhir permainan ini, keputusan skor Pemain terbaik dan Pemain / Pasukan Top Five akan dipaparkan.

Guru perlu mendaftarkan akaun Kahoot di  https://getkahoot.com manakala pelajar yang menyertai kuiz perlu melayari https://kahoot.it/ dan tidak perlu ada akaun. Walau bagaimanapun, jika pelajar mempunyai akaun Kahoot, guru dapat SHARE kuiz tersebut dan pelajar akan dapat mengambil kuiz tersebut selepas login ke akaunnya.

Yang berikut adalah panduan penggunaan Kahoot!:

Anda boleh klik pautan yang berikut untuk memuat turun panduan ini:

Panduan Penggunaan Mail Merge

Ingin mencetak sijil penyertaan dan sijil penghargaan secara mudah? Anda boleh gunakan fitur Mail Merge dalam Microsoft Word.

Mail Merge mengabungkan fitur pangkalan data Excel yang menyediakan maklumat penerima sijil dan fitur penyediaan dokumen berbentuk sijil untuk menghasilkan sijil-sijil untuk ramai penerima. Fitur ini terdapat dalam semua versi Microsoft Word.

Selain daripada menyediakan sijil, ia boleh digunakan untuk menghasilkan sampul surat beralamat, label, surat jemputan,  memo dsb.

Yang berikut adalah panduan ringkas penggunaan fitur Mail merge:

Anda boleh dapat muat turun panduan ini melalui laman web ini dengan mengeklik

  1. Pautan ini: Muat turun panduan

Powtoon, you can do it, too!

My immediate boss asked me about PowToon, so I started to learn it last night. After watching three video tutorials, started to create my first project. Here’s the result:

It is quite simple to use. As a free account holder, I could not access to many templates and objects, but it does allow us to upload our own assets, so it is not that bad after all.

The only complain is that it could not support Chinese characters, so inserting chinese character jpeg file became the solution.

It’s simple to use as compare to using PowerPoint that involves a lot of steps. Not bad at all!

The most important aspect is actually the planning, what is your objectives, content and the flow of the presentation should be decided before starting the project. The technical aspects can be tackle through experimenting and iteration. It’s fun!