Teknik Leraian (Decompose)

Kemahiran Pemikiran Komputasional: Teknik Leraian (Decomposition)

Sebelum menyelesaikan masalah, terlebih dahulu perlu kita memahami masalah tersebut (BBC, 2016). Teknik leraian cuba meleraikan sebuah masalah yang kompleks kepada beberapa masalah yang lebih kecil kepada beberapa tugasan yang dapat ditangani satu per satu sehingga keseluruhan masalah selesai.

Kemahiran menganalisis membolehkan individu mengenalpasti apakah unsur ataupun subkomponen yang hadir dalam gambaran besar dan meleraikannya ke dalam sub komponen yang lebih halus. Keupayaan mengenalpasti struktur seperti masalah utama, faktor ataupun punca masalah, kesan yang dihadapi, pihak yang terlibat dan lain-lain lagi membolehkan individu mengenalpasti elemen ataupun subkomponen utama, ia menjadi asas untuk individu membuat penilaian, pemilihan dan membuat keputusan kemudian. Teknik leraian merupakan kemahiran yang yang mendahului proses penilaian dan mengabstrak elemen yang utama dan mengabaikan elemen-elemen lain yang kurang penting.

Contoh aktiviti “unplug” untuk pengukuhan teknik leraian ini:

Contoh aktiviti pembelajaran yang diintegrasikan dengan teknik leraian:

  • Sains – mengenalpasti bahagian tumbuhan / bunga, mengenalpasti kitaran hidup sesuatu jenis haiwan / tumbuhan.
  • Bahasa – menyediakan resepi masak nasi lemak / menyenaraikan bahagian-bahagian rumah ataupun bangunan, mengenalpasti struktur / pola ayat,  dll.
  • TMK – mengenalpasti elemen-elemen multimedia dalam sesebuah pakej pembelajaran interaktif, menamakan bahagian-bahagian dalam sebuah kamera digital SRL…

Klik untuk bacaan lanjut:

Google Open Online Education. (n.d.). What is computasional Thinking?

Rujukan

BBC. (2016). Introduction to computational thinkinghttp://www.bbc.co.uk/education/guides/zp92mp3/revision
Curriki. (2016). Computational thinking: Decomposition. [Video file]. Retrieved October 1, 2016 from https://www.youtube.com/watch?v=yQVTijX437c

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.