Kursus Frog VLE untuk pelajar PISMP Ambilan Jun 2014 (Sem 5)

Pada 2 Nov 2016 (Rabu), Kursus Frog VLE untuk pelajar PISMP Sem 5 seramai 64 orang akan diadakan di Bilik Persidangan, IPGK Tun Hussein Onn dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.30 petang.

Tujuan dan Objektif kursus ini adalah pendedahan kepada konsep Virtual Learning Environment (VLE) dan membangunkan Site Pembelajaran. Ia melibatkan muat naik bahan pengajaran dan pembelajaran ke My resources dan Google Drive, Menggunakan widget seperti Text, Media, Quizzes, Calendar, Bookshelf dan sebagainya untuk menyediakan bahan dan aktiviti pembelajaran dan kemudian Publish dan Assign web tersebut.

Teknologi dan reka bentuk Frog VLE telah dikemaskini dari masa ke semasa. Banyak fitur baru telah ditambah untuk menjadikan pengarangan di VLE lebih fleksibel dan pelbagai. Salah satu widget baru yang dapat mengayakan pengalaman visual pengguna VLE ialah Photo Stream, iaitu widget yang membolehkan penyediaan album dalam talian.

Walau bagaimanapun, prosedurnya penggunaan widget Photo Stream ini agak meletihkan kerana selepas guru muat naikkan koleksi foto ke My Resources, setakat ini, foto hanya boleh dihantar satu per satu ke Site yang ditujui dan tiada jalan pintas untuk melaksanakannya secara pukal.

Setiap album menggunakan Tag yang sama dengan koleksi gambarnya, misalnya widget Photo Stream yang Tagnya “Photo1” akan memaparkan semua koleksi foto yang mempunyai tag yang sama, iaitu “Photo1” juga.

Anda boleh ikuti tutorial langkah demi langkah di bawah ini untuk cuba menyediakan album di Frog VLE.

Klik pautan yang berikut untuk melihat Contoh Site yang telah dipublished on web:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.