Scratch – Let’s dance!

Kita dapat mengubah penampilan Sprite  dan latar belakang dengan menggunakan fitur Draw Scratch. Ia membenarkan kita retuochi imej sama ada dalam bentuk vector ataupun bimp.

Dengan blok kod “Next costume” membenarkan Sprite bertukar wajah mengikut kekerapan dan kelajuan yang ditetapkan. Setelah diiringi dengan muzik yang sesuai, ia akan menjadi lebih menarik.

Yang berrikut merupakan projek mini yang cuba mengadunkan muzik dengan pergerakan.

Klik pada butang hijau dan tontonilah persembahan tarian daripada Owl, theSprite .

Scratch – Klon

Bolehkah kita KLON sprites tanpa melibatkan teknologi bio-genetic? Jawapannya “Ya, Boleh!”

Di bawah kategori “Control” terdapat blok “Create clone of …”, ia dapat memperbanyakkan sprite mengikut parameter yang anda tetapkan.

Yang berikut merupakan dua projek yang dibuat untuk mencuba blok kod ini.

Kan, Sumitra Fong Kuen. (2016). Oops… Which one is ME and I? [Story, Animation]

Kan, Sumitra Fong Kuen. (2016). Cloning Katie v1 [Games]

Scratch Projek – Main skel muzik dan piliha alat muziknya

Kita dapat menggunakan Scratch Programming untuk main skel muzik. Inilah projek mini yang mengarah Scratch main skel C Major, C Minor dan C# Minor menggunakan alat muzik pilihan anda.

Arahan:

  • Klik butang bendera hijau untuk memulakan projek animasi,
  • Klik butang merah untuk hentikan projek.
  • Klik ikon segi empat biru untuk mod Full screen.
  • Ikuti arahan Hostnya, Katie.
  • Selepas anda menaip jawapan ke dalam kotak mesej, klik butang “ataupun enter untuk pengesahan.
  • Klik pada ikon alat muzik untuk membuat pilihan dan kemudian klik skel muzik yang ingin anda perdengarkan persembahannya.
Kan, Sumitra Fong Kuen. (2016). Scales-Choose_Instrument_Scale. (klik sini untuk paparan projek di Scratch.mit.edu)
Ia melibatkan penggunaan Variables, misalnya iaitu pada Sprite “C Major Scale” ditetapkan sebagai “Set instrument to (Variable Instrument )” supaya ia akan mainkan skel muzik mengikut instrumen pilihan pengguna.  Ini bermakna Variable alat muzik ini akan berubah mengikut pilihan alat muzik yang dipilih.
Tindakan yang sama perlu dilakukan kepada Sprite alat muzik. “Set instrument to (Variable Instrument )” Pada Category “Event”, pilih block “When this sprite is clicked”, pasang dengan block daripada  Category “Sound”: Set instrument to (contoh: 4 untuk Guitar).
Anda boleh mengeklik nama saya di bawah tetingkap yang memaparkan animasi di atas supaya menontonnya di laman web rasmi Scratch.mit.edy dan klik butang untuk “See inside” bagi melihat kod yang digunakan.

Digital Maker Movement+

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengasaskan Pergerakan MyDigitalMaker (The MyDigitalMaker Movement) bagi membangunkan generasi muda yang dapat menceburkan diri dalam dunia penciptaan projek digital yang bukan sahaja dapat mengukuhkan pemikiran komputasional yang membantu menyelesaikan masalah, bahkan membina insan yang prihatin dan berempati dengan kehadiran dan masalah yang dihadiri oleh manusia sejagat.

MDEC bersama partnernya telah mengadakan pelbagai usaha telah dijalankan bagi membangkitkan minat murid dan peluang untuk mempraktikkan kemahiran mencipta secara kreatif yang berupaya menyelesaikan masalah autentik, berkolaborasi, berkomunikasi dalam senario sistem pendidikan dan juga aktiviti luar semasa cuti.

Faisal Hassan. (2016). #MyDigitalMaker. [Video file]

Usaha ini perlu bermula dengan komitmen guru merekabentuk pendekatan pembelajaran inkuri dan pedagogi pembelajaran berasaskan projek. Pelajar diberikan masalah autentik supaya mereka dapat gambaran tentang senario dunia yang sebenar, menyelidik dan menghubungi manusia supaya menjadi prihatin dengan pengalaman dan perasaan orang lain, dan dengan jujur dan ikhlas berusaha untuk mencarikan penyelesaian kepada pelbagai masalah.

 

TED. (2015). How I teach kids to love science | Cesar Harada | TED Talks. [Video file].

Peralatan (Softwares) dan perkakasan (hardwares) yang boleh digunakan menyediakan persekitaraan bagi membolehkan pelajar berkolaborasi untuk menyelidik, mencuba dan menghasilkan prototaip, memurnikannya bagi mengasah pemikiran komputasional dan menyelesaikan masalah. Program seperti Young Innovate menyediakan platform untuk penyelidik dan perekacipta digital muda bertemu dan bertukar fikiran.

Salah satu usaha ialah penggunaan Arduino, suatu persekitaran sumber terbuka yang untuk membina projek elektronik yang mengasaskan kemahiran robotics.

MakeUseOf. (2014). Thinking about getting an Arduino? Watch this. [Video file]

Terdapat pelbagai bahasa pengaturcaraan yang membolehkan pelajar mencipta dan menggerakkan ciptaan digital ataupun Roboticsnya, misalnya mBlok, mBoot, MindStorm ev3 dll. Yang berikut merupakan pengenalan kepada perisian aplikasi mBlock yang menyerupai Scratch Programming.


Bacaan Lanjut: