Scratch Projek – Main skel muzik dan piliha alat muziknya

Kita dapat menggunakan Scratch Programming untuk main skel muzik. Inilah projek mini yang mengarah Scratch main skel C Major, C Minor dan C# Minor menggunakan alat muzik pilihan anda.

Arahan:

  • Klik butang bendera hijau untuk memulakan projek animasi,
  • Klik butang merah untuk hentikan projek.
  • Klik ikon segi empat biru untuk mod Full screen.
  • Ikuti arahan Hostnya, Katie.
  • Selepas anda menaip jawapan ke dalam kotak mesej, klik butang “ataupun enter untuk pengesahan.
  • Klik pada ikon alat muzik untuk membuat pilihan dan kemudian klik skel muzik yang ingin anda perdengarkan persembahannya.
Kan, Sumitra Fong Kuen. (2016). Scales-Choose_Instrument_Scale. (klik sini untuk paparan projek di Scratch.mit.edu)
Ia melibatkan penggunaan Variables, misalnya iaitu pada Sprite “C Major Scale” ditetapkan sebagai “Set instrument to (Variable Instrument )” supaya ia akan mainkan skel muzik mengikut instrumen pilihan pengguna.  Ini bermakna Variable alat muzik ini akan berubah mengikut pilihan alat muzik yang dipilih.
Tindakan yang sama perlu dilakukan kepada Sprite alat muzik. “Set instrument to (Variable Instrument )” Pada Category “Event”, pilih block “When this sprite is clicked”, pasang dengan block daripada  Category “Sound”: Set instrument to (contoh: 4 untuk Guitar).
Anda boleh mengeklik nama saya di bawah tetingkap yang memaparkan animasi di atas supaya menontonnya di laman web rasmi Scratch.mit.edy dan klik butang untuk “See inside” bagi melihat kod yang digunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.