Membina Kuiz Menggunakan Google Forms yang baru!

Google Forms telah menambahkan fitur baru yang membolehkannya bertindak sebagai alat penyediaan KUIZ yang dapat mengira skor pencapaian secara automatik (Auto Self-Grading Quiz) tanpa memerlukan add-on seperti Flubaro.

Kelebihannya ialah Kuiz dalam talian ini boleh ditadbir tanpa bersandarkan kepada sebarang LMS seperti Schoology, Edmodo, Moodle dll.

Namun begitu, ia boleh di”Embed” ataupun “Linked” kepada LMS, halaman web, emel dan lain-lain lagi.

Yang berikut merupakan panduan langkah demi langkah membina KUIZ menggunakan Google Forms yang baru:

Anda boleh cuba menjawab KUIZ ini dengan mengeklik pautan yang berikut:

Bengkel GAFE Siri 2/2016

Tajuk: Google Docs – Penulisan Kolaboratif
Anjuran JK Kecil Frog VLE, JK Program Pembangunan Profesionalisme IPGKTHO
GAFE
Tarikh: 25 hb. FEB 2016 (Khamis)
Masa  : 4.30 ptg-6.00 ptg
Tempat: Bilik Kuliah B9
Salam sejahtera 1 Malaysia.
Untuk perhatian pelajar dan pensyarah yang berminat untuk mengikuti bengkel ini, sila mendaftarkan diri dengan mengeklik pautan yang berikut bagi mengisi borang pendaftaran sebelum 20 FEB 2016:
Peserta bengkel seharusnya sudah memiliki akaun Gmail. Sila bawa laptop dan broadband sendiri untuk sesi “hands-on”.
Catatan:
Bengkel ini tidak menyediakan sijil penyertaan dan tiada juga peruntukan untuk jamuan petang. Harap maklum.
Sekian sahaja. Terima kasih.