Pemikiran Komputasional Diperkenalkan di sekolah mulai 2017

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 telah memasukkan STEM (Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) ke dalam PdP (BERNAMA, 2016). Seiring trend dunia pada abad ke-21 menekankan peranan teknologi sebagai pendorong kepada PdP dan literasi digital, kemahiran Pemikiran Komputasional akan diperkenalkan kepada semua murid Tahun 1 di semua sekolah rendah dan juga pelajar Tingkatan 1 dan 4 di semua sekolah Menengah.




Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan penerangan ringkas berhubung KSSR Semakan 2017 yang berikut:

Apakah itu Pemikiran Komputasional (Computational thinking)?
Pemikiran Komputasional merupakan keupayaan berfikir secara logik dan sistematik dalam menyelesaikan masalah menggunakan prinsip sains komputer melalui kemahiran algoritma dan pengaturcaraan.

 

Anda boleh klik pada pautan yang berikut untuk bacaan lanjut:

ISTE. (2011). Operational definition of computational thinking skills. for K-12 education.
ISTE Connect. (2015). It’s time to demystify computational thinking.  


Rujukan

Azura Abas. (2016, Aug 11). Computer thinking skills to be introduced in School curriculum next year. New Straits Times Online. http://www.nst.com.my/news/2016/08/164732/computational-thinking-skills-be-introduced-school-curriculum-next-year

BERNAMA. (2016, Ogos 11).  Pemikiran komputasional, sains komputer akan diajar di sekolah tahun depan. Utusan Online. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pemikiran-komputasional-sains-komputer-akan-diajar-di-sekolah-tahun-depan-1.369190

ISTE Connect. (2015). It’s time to demystify computational thinking. Retrieved Aug 13, 2016 from https://www.iste.org/explore/articleDetail?articleid=501 

Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR (Semakan.).[PowerPoint]. Retrieved Aug 13, 2016 fromhttp://ppdmuar.my/laporanunit/attachments/article/4058/2_KSSR%20BARU.ppt.

Membina Kuiz Menggunakan Google Forms yang baru!

Google Forms telah menambahkan fitur baru yang membolehkannya bertindak sebagai alat penyediaan KUIZ yang dapat mengira skor pencapaian secara automatik (Auto Self-Grading Quiz) tanpa memerlukan add-on seperti Flubaro.

Kelebihannya ialah Kuiz dalam talian ini boleh ditadbir tanpa bersandarkan kepada sebarang LMS seperti Schoology, Edmodo, Moodle dll.

Namun begitu, ia boleh di”Embed” ataupun “Linked” kepada LMS, halaman web, emel dan lain-lain lagi.

Yang berikut merupakan panduan langkah demi langkah membina KUIZ menggunakan Google Forms yang baru:

Anda boleh cuba menjawab KUIZ ini dengan mengeklik pautan yang berikut: