Google Apps untuk pendidikan

4) Aplikasi Google Untuk Pendidik

4.1 Google Drive

Pemilik Gmail boleh akses kepada pelbagai Apps, termasuk Google Drive, kemudahan penyimpanan data serupa dengan “Dropbox”, tetapi ia dilengkapi dengan Apps tambahan yang seakan-akan MS Office dll.

Buat masa ini, setiap google drive mempunyai kapasiti menyimpan data ataupun dokumen selain daripada format Google Apps sebanyak 30 GB.

Google Drive merupakan teknologi penyimpanan data berbentuk “Cloud”. Status bahan yang disimpan di situ boleh dikategorikan sebagai:

  • milik peribadi (private)
  • boleh dikongsi oleh penerima-penerima yang terpilih (accessible by specific people)
  • boleh dikongsi oleh sesiapapun yang diberikan pautan untuk mencapainya  (accessible by any one with the link), dan
  • perkongsian maklumat secara terbuka secara atas talian (public on web)

Sekiranya kita menetapkan statusnya sebagai boleh dikongsi, maka penerima yang diberikan pautan kepada dokumen tersebut boleh melakukan tindakan “melihat sahaja (can view)”, “memberi komen (can comment)” ataupun “melakukan proses penyuntingan (can edit)” mengikut pilihan kita selaku pemilik dokumen tersebut.

Google Drive – Perkongsian Maklumat by Sumitra Kan Fong Kuen

Klik sini untuk mendapatkan panduan lengkap berhubung

Alexander, Anson. (2015). Google Drive Tutorial 2015 – quick start.

Pengintegrasian TMK | MS Office : Word | PowerPoint | Teknik Persembahan | Google Drive | Google Document Google SlidesGoogle Form | Google Sheet | Google Sites

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.