MS Office in action!

3) Teknik Persembahan yang Berkesan

Ciri-ciri persembahan yang baik merupakan asas penyampaian yang berkesan:

Ciri-ciri persembahan yang baik by Sumitra Kan Fong Kuen

 

Teknik penyampaian yang baik boleh dirumuskan seperti yang berikut:

 

1) Menyediakan penonton

  • Mewujudkan kontak mata bagi menarik perhatian semua penonton
  • Adakah induksi set yang mengarahkan perhatian penonton kepada kandungan persembahan
  • Menyatakan objektif dan skop persembahan dan hasil pembelajaran yang diharapkan
  • Menyatakan arahan yang jelas dan eksplisit agar penonton bertindak menurut keperluan yang ditetapkan

 

2) Mengekalkan minat dan perhatian penonton

  • Berbual dengan penonton dan tidak hanya fokus kepada alat dan bantu mengajar (memandang skrin ataupun membaca daripada nota)
  • Mempersembahkan maklumat secara progresif (berperingkat)
  • Hadkan satu konsep ataupun idea pada setiap slaid.
  • Persembahan elektronik berunsur visual
  • Bersedia dengan pelan tindakan alternatif sekiranya timbul masalah teknikal
  • Masa persembahan tidak melebihi 10 minit
  • Melibatkan penyertaan penonton secara aktif sepanjang proses persembahan melalui sesi perbincangan, soal-jawab, mencatat nota ringkas dll.
  • Soalan yang dikemukakan adalah soalan terbuka yang meminta penonton membuat perbandingan, pendapat, penilaian, cadangan dsb.

 

3) Penutup yang berkesan

  • Membuat rumusan pada akhir persembahan
  • Mencadangkan aktiviti susulan (jika perlu)

 

Sekiranya kita membuat penilaian keberkesanan persembahan tersebut dan membuat penambahbaikan yang diperlukan, maka kualiti persembahan yang seterusnya akan meningkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.